Friday, July 15, 2011

Kongsi Dari Teman

salam.. juz nk kongsi.. aku agak tertarik dgn artikel yang sahabat aku pos kat group form 6 ktorg kat facebook tu..
Suatu hari pada masa solat jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah… tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnye dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun… lalu salah seorang lelaki tu bertempik ” “Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu” Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri…. daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu… Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: “Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan solat Jumaat”…. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah….
Macam mana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah…

“Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN… “

“Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya… kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi…”

“Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya…”

“Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran”

“Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia”

“Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan??? Kenapa? gelak tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain… berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? Wallahualam...
p/s: mintak copy tuan artikle..

My Sister

ni la akak aku a.k.a ina



salam..
arini nk cite pasal kakak aku pulak.. kakak aku x ramai.. dia ni sorg jeh.. dia teman gaduh, dia la teman aku bercerita.. nak pinjam duit pon kat dia.. hahaha.. seorg kakak yg agak sporting n memahami.. tapi kadang2 tu tak jugak.. ikut mood.. dah abis blaja dh.. lulusan Universiti Sains Malaysia dalam jurusan Komunikasi.. okay nak tau nama dia.. sebijik nama aku tapi lain sket.. hahaha!! Marina binti Muhammad. sama x?? sama x?? tarikh lahir pon dekat-dekat ngn aku.. 26 ogos 19...  dh nak kawen dh akak aku ni.. dia pon blogger gak... ni blog dia.. sila-sila la jenguk..http://oneloveintwohearts.blogspot.com

akak aku ni, kalo bab shopping bagi kat dia.. pergh.. suka bebeno.. ni dia nk beli, tu dia nk beli.. aku ni tukang teman jeh.. jadi la.. hahaha.. yg penting dapat berjalan.. pe lg aku nk cite pasal dia ni.. haaaa.. pergh... dia ni bab bergambar.. ko kasi kat dia.. suka weh.. aku x tau la pe yg dia x suka...

ni time dia masok contest..

ni time bila aku x tau.. hahaha 




haa.. akak aku ni suka join kontest..  mcm2 kontest dh dia try.. ada yg menang, ada yg kalah.. tu adat la kan... yg penting mencuba.. daripada aku ni haa. haram.. hahaha!!!

dia ni ada tunang dh.. ate nk kawen.. ,esti la bertunang dulu ye tak... tunang akak aku ni tersgt la baik.. untung ko naa.... dorg ni dh couple 7 tahun beb! ko ado? mmg tak r kn.. so, tahun ke-7 dorg ni dorg nk tamatkan zaman bujang dorg..
aku doakan ko ngn incik tunang ko bahagia dunia akhirat k..

meh aku selit sket gambar dorg berdua ni..

sweet x??? lu org pk la sndiri..
p/s: ni la akak aku kalo korg nk taw..

Friday, July 08, 2011

Ayahanda & Bonda

salam.. all about Abah n Mak =)





sharing is caring (^_^)



Abah:

Muhammad bin Ibrahim. Lahir pada 25 Ogos 1947. mempunyai 8 orang anak termasuk aku la kan.. Abah aku ni orang Kedah  uols.. org yan besar.. Seorang abah yang tegas tapi penyayang orangnya.. tak caye?? tak caye suda! huhu.. tapi tu la hakikatnya..Abah aku ni mcm-mcm dh dia tempuh kat dalam hidup dia.. Abah slalu crita ttg kisah hidup dia.. camne dia jalani kehidupan kat KL.. Camne dia jumpa mak aku.. kisah-kisah dia sebelum ni.. sume dia crita kat anak-anak dia.. abah aku ni seorang yg periang.. suka buat lawak.. kalo aku sembang ngn abah aku, mesti kerja aku dok gelak jeh.. ok yang best pasal abah aku ni.. makan x berkira.. ada duit jeh mesti beli mcm-mcm makanan untuk anak-anak dia.. org kata biar sama=sama rasa.. n abah aku suka berkebun (^_^).. boleh dikatakan pe je yg dia tanam, mesti ktorg boleh makan hasil dia.. cayalah Abah! Abah slalu ckp kat ktorg, kalo dah berjaya or keje, xyah nak dok sibuk anta duit kat dia.. anta kat mak jeh.. sebab pe, sebab mak x keje.. n jgn jadi mcm dia.. Aku xtau l;a cne kehidupan aku kalo abah aku xda nanti.. hmmm... okeh2 xmo sedih2.. ABAH!!!! eni sayang kat abah!! (^_^)




ayahanda terchenta <3


Mak:

Vamaeyah binti Mohamed. Lahir pada 6 Ogos 1956. mempunyai 7 orang anak termasuk aku. Mak aku ni orang Perak. Orang Kuala Kangsar.. Ala.. kalo xtau usha google map erk.. hehehe.. mak aku ni garangggg.. auw takot! tapi garang-garang dia, kat dia jugak aku slalu luahkan rasa hati aku.. mak seorang ibu yg memahami.. satu sifat mak aku yg aku tabik spring kuasa 5 ialah mak seorang yg pandai simpan duit.. mane taknye..  tgh2 bulan org xda duit, tibe-tiba mak aku kuar duit cakap.. " nah g beli beras jap" mau aku x buat muka 5 kupang aku kat mak aku ni?? so x ke pelik.. kalo aku xda duit tu maknanya kena ikat perut smpai gaji kuar.. mak aku??? steady weh guwa ckp sama lu... Masakan mak aku pulak?? xyah cite r... best in da world!!!! korg mesti cakap "dh mak ko msti r ko ckp camtu..." tak weh, serius.. mak aku masak sayur yg ala-ala tu pon sedap tanpa guna sbarang serbuk perasa.. sebab mak aku ni anti ajinamoto tu.. dia kata, "kamu nak botak kepala makan ajinamoto?? aku tak nok!" haaa.. seee.. mmg dari kecik ktorg x dibiasakan dgn bahan penambah perisa ni... sume fresh2!! tgk r anak-anak dia.. sihat-sihat belaka.. kan mak kan.. hehehe!!! lagi satu.. amka aku ni fanatik tahap cipan kat novel.. kenal novel?? kalo x kenal tu hal ko! hahaha.. novel mak aku kat umah tu blh wat jualan amal taw tak.. betapa byknya smpai aku sendiri xtaw bpe jumlah dia.. n yg tlg belinya aku la.. sebab aku pon peminat novel cam mak aku... tapi sume novel cintan2 la.. baru feeling nak baca...hehehe.. mak aku slalu ckp kat aku, jaga diri, mak jauh x leh nk tgk kamu.. orang x tgk rupa, orang tgk kelakuan... baik mak... ayat tu slalu terpahat dalam hati eni ni haaa... sayaaaanngggg makkk!!!!




bonda terchenta <3




ok, pasal mak abah dh settle, nanti  cte pasal adik bradik aku pulakk.... tungguuuuu~~~

Pekerja Swasta !

aku syg simbol ni (^_^)



salam..
okeh. arini nak cite pasal tempat keje.. sbb dlm byk2 benda yg aku dh wat kat blog ni, tempat keje aku jeh aku x selongkar kat korg sume.. okeh, aku adalah seorg pekerja swasta dibawah naungan Golden Arches Restaurant Sdn Bhd yg lebih dikenali mekdi(mcd) dikalangan manusia-manusia diluar sana.. mmg pandang keje aku ni cam "ala, takat keje mekdi pe la sgt..." org mesti akan ckp camtu kn... tapi, aku still bangga aku dgn rezeki yg Allah bagi kat aku ni.. 

1st sbb aku blaja berdikari. npe aku ckp berdikari?? sbb aku x dok ngn family aku kat cni... family aku nun jauh kat perak.. aku kat shah alam.. mak abah!!! rinduu!!! sewa bilik cari rezeki.. (sedey la plak)

2nd, sbb aku x de rezeki nak smbung blaja.. so, aku stay jeh kat bumi Shah Alam ni..

3rd sbb aku ramai kawan kat cni.. korg ingat keje mekdi steady?? stress nk mam gak la... kerenah para pelanggan ktorg yg pelbagai plak tu.. tapi alhamdulillah aku still berdiri di atas kaki aku sendiri (yela xkn atas kaki org kot, mau patah kaki tuan pny badan) aku blaja bahagikan kewangan aku sendiri, dulu blh la sume mak aku yg kasi (even x semua) tp skang duit aku, ada sebahagian tu milik family aku.. even x byk, aku still boleh kirim walaupun mak aku kdg2 x harap pon duit tu dari aku.. dan aku dah mula belajar tuk jd seorg yg bertanggungjawab n cuba tuk x lupa asal usul aku dari mana aku dtg dan bagaimana cara aku hadapi sume ni tanpa ada insan yg bernama mak n abah kat sisi aku..

okeh2 tutup kisah yg menyayat hati ni.. store(restoran) tempat aku keje ni nama dia Mc Donald's Section 3 DT Shah Alam.. berdekatan dgn UiTM Shah Alam btl2 kat round the board berhampiran Wet World Shah Alam.. amik ko details aku kasi, nak bagi clear, so korg imagine la kedudukan mekdi tu.. mekdi ni dua tingkat kre satu lot tu dia conquer sorg r.. sbb ad drive-thru kan.. position aku kat ctu adalah Crew Trainer (yg dulu dikenali sbg Crew Leader) n aku dh keje kat ctu hampir setahun.. bulan 8 ni genap la setahun aku berada di bawah naungan Golden Arches Restaurant Sdn Bhd..

aku hepi menjadi seorg warga mekdi sbb aku ada seorg boss yg baik n manager-manager yg supportive sgt! luv uols! thumbs up!

credit to fareed


(^_^)





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...