Saturday, October 29, 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita..

Salam... sekian lama x update blog ni.. at last terbaca n copy paste je dr seorg teman kat muka buku.. sil3 baca!! i like~~~

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


renung-renungkan~~~

Thursday, August 04, 2011

Ramadhan (^_^)

salam.. hahaha.. gelak dulu... ate mne idoknye... dh ramadhan ke-4 baru aku nak taip entry.. takpe2.. yg penting masih dlm bulan ramadhan.. setakat ni Alhamdulillah puasa penuh lg hehehe.. even penat keje.. puasa guwa berjalan spt biasa.. pergh! seperti biasa.. bila bulan puasa ni.. rindu kat mak abah la.. nk berbuka ngn dorg.. mkn masakan mak.. nk jumpa adik2 yg degil tahap gaban tu.. gaduh2 sket.. baru meriah bulan puasa aku.. hehe.. ni idok.. berbuka puasa kat tmpat keje jeh yg aku mampu.. uwaaa... yg penting ada membe nk berbuka kan.. sila bersyukur kay marini! hadoi! dush3!!! 


p/s: yg penting hari raya guwa balik keh3!!!!

Friday, July 15, 2011

Kongsi Dari Teman

salam.. juz nk kongsi.. aku agak tertarik dgn artikel yang sahabat aku pos kat group form 6 ktorg kat facebook tu..
Suatu hari pada masa solat jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah… tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnye dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun… lalu salah seorang lelaki tu bertempik ” “Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu” Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri…. daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu… Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: “Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan solat Jumaat”…. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah….
Macam mana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah…

“Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN… “

“Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya… kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi…”

“Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya…”

“Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran”

“Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia”

“Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan??? Kenapa? gelak tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain… berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? Wallahualam...
p/s: mintak copy tuan artikle..

My Sister

ni la akak aku a.k.a ina



salam..
arini nk cite pasal kakak aku pulak.. kakak aku x ramai.. dia ni sorg jeh.. dia teman gaduh, dia la teman aku bercerita.. nak pinjam duit pon kat dia.. hahaha.. seorg kakak yg agak sporting n memahami.. tapi kadang2 tu tak jugak.. ikut mood.. dah abis blaja dh.. lulusan Universiti Sains Malaysia dalam jurusan Komunikasi.. okay nak tau nama dia.. sebijik nama aku tapi lain sket.. hahaha!! Marina binti Muhammad. sama x?? sama x?? tarikh lahir pon dekat-dekat ngn aku.. 26 ogos 19...  dh nak kawen dh akak aku ni.. dia pon blogger gak... ni blog dia.. sila-sila la jenguk..http://oneloveintwohearts.blogspot.com

akak aku ni, kalo bab shopping bagi kat dia.. pergh.. suka bebeno.. ni dia nk beli, tu dia nk beli.. aku ni tukang teman jeh.. jadi la.. hahaha.. yg penting dapat berjalan.. pe lg aku nk cite pasal dia ni.. haaaa.. pergh... dia ni bab bergambar.. ko kasi kat dia.. suka weh.. aku x tau la pe yg dia x suka...

ni time dia masok contest..

ni time bila aku x tau.. hahaha 




haa.. akak aku ni suka join kontest..  mcm2 kontest dh dia try.. ada yg menang, ada yg kalah.. tu adat la kan... yg penting mencuba.. daripada aku ni haa. haram.. hahaha!!!

dia ni ada tunang dh.. ate nk kawen.. ,esti la bertunang dulu ye tak... tunang akak aku ni tersgt la baik.. untung ko naa.... dorg ni dh couple 7 tahun beb! ko ado? mmg tak r kn.. so, tahun ke-7 dorg ni dorg nk tamatkan zaman bujang dorg..
aku doakan ko ngn incik tunang ko bahagia dunia akhirat k..

meh aku selit sket gambar dorg berdua ni..

sweet x??? lu org pk la sndiri..
p/s: ni la akak aku kalo korg nk taw..

Friday, July 08, 2011

Ayahanda & Bonda

salam.. all about Abah n Mak =)





sharing is caring (^_^)



Abah:

Muhammad bin Ibrahim. Lahir pada 25 Ogos 1947. mempunyai 8 orang anak termasuk aku la kan.. Abah aku ni orang Kedah  uols.. org yan besar.. Seorang abah yang tegas tapi penyayang orangnya.. tak caye?? tak caye suda! huhu.. tapi tu la hakikatnya..Abah aku ni mcm-mcm dh dia tempuh kat dalam hidup dia.. Abah slalu crita ttg kisah hidup dia.. camne dia jalani kehidupan kat KL.. Camne dia jumpa mak aku.. kisah-kisah dia sebelum ni.. sume dia crita kat anak-anak dia.. abah aku ni seorang yg periang.. suka buat lawak.. kalo aku sembang ngn abah aku, mesti kerja aku dok gelak jeh.. ok yang best pasal abah aku ni.. makan x berkira.. ada duit jeh mesti beli mcm-mcm makanan untuk anak-anak dia.. org kata biar sama=sama rasa.. n abah aku suka berkebun (^_^).. boleh dikatakan pe je yg dia tanam, mesti ktorg boleh makan hasil dia.. cayalah Abah! Abah slalu ckp kat ktorg, kalo dah berjaya or keje, xyah nak dok sibuk anta duit kat dia.. anta kat mak jeh.. sebab pe, sebab mak x keje.. n jgn jadi mcm dia.. Aku xtau l;a cne kehidupan aku kalo abah aku xda nanti.. hmmm... okeh2 xmo sedih2.. ABAH!!!! eni sayang kat abah!! (^_^)




ayahanda terchenta <3


Mak:

Vamaeyah binti Mohamed. Lahir pada 6 Ogos 1956. mempunyai 7 orang anak termasuk aku. Mak aku ni orang Perak. Orang Kuala Kangsar.. Ala.. kalo xtau usha google map erk.. hehehe.. mak aku ni garangggg.. auw takot! tapi garang-garang dia, kat dia jugak aku slalu luahkan rasa hati aku.. mak seorang ibu yg memahami.. satu sifat mak aku yg aku tabik spring kuasa 5 ialah mak seorang yg pandai simpan duit.. mane taknye..  tgh2 bulan org xda duit, tibe-tiba mak aku kuar duit cakap.. " nah g beli beras jap" mau aku x buat muka 5 kupang aku kat mak aku ni?? so x ke pelik.. kalo aku xda duit tu maknanya kena ikat perut smpai gaji kuar.. mak aku??? steady weh guwa ckp sama lu... Masakan mak aku pulak?? xyah cite r... best in da world!!!! korg mesti cakap "dh mak ko msti r ko ckp camtu..." tak weh, serius.. mak aku masak sayur yg ala-ala tu pon sedap tanpa guna sbarang serbuk perasa.. sebab mak aku ni anti ajinamoto tu.. dia kata, "kamu nak botak kepala makan ajinamoto?? aku tak nok!" haaa.. seee.. mmg dari kecik ktorg x dibiasakan dgn bahan penambah perisa ni... sume fresh2!! tgk r anak-anak dia.. sihat-sihat belaka.. kan mak kan.. hehehe!!! lagi satu.. amka aku ni fanatik tahap cipan kat novel.. kenal novel?? kalo x kenal tu hal ko! hahaha.. novel mak aku kat umah tu blh wat jualan amal taw tak.. betapa byknya smpai aku sendiri xtaw bpe jumlah dia.. n yg tlg belinya aku la.. sebab aku pon peminat novel cam mak aku... tapi sume novel cintan2 la.. baru feeling nak baca...hehehe.. mak aku slalu ckp kat aku, jaga diri, mak jauh x leh nk tgk kamu.. orang x tgk rupa, orang tgk kelakuan... baik mak... ayat tu slalu terpahat dalam hati eni ni haaa... sayaaaanngggg makkk!!!!




bonda terchenta <3




ok, pasal mak abah dh settle, nanti  cte pasal adik bradik aku pulakk.... tungguuuuu~~~

Pekerja Swasta !

aku syg simbol ni (^_^)



salam..
okeh. arini nak cite pasal tempat keje.. sbb dlm byk2 benda yg aku dh wat kat blog ni, tempat keje aku jeh aku x selongkar kat korg sume.. okeh, aku adalah seorg pekerja swasta dibawah naungan Golden Arches Restaurant Sdn Bhd yg lebih dikenali mekdi(mcd) dikalangan manusia-manusia diluar sana.. mmg pandang keje aku ni cam "ala, takat keje mekdi pe la sgt..." org mesti akan ckp camtu kn... tapi, aku still bangga aku dgn rezeki yg Allah bagi kat aku ni.. 

1st sbb aku blaja berdikari. npe aku ckp berdikari?? sbb aku x dok ngn family aku kat cni... family aku nun jauh kat perak.. aku kat shah alam.. mak abah!!! rinduu!!! sewa bilik cari rezeki.. (sedey la plak)

2nd, sbb aku x de rezeki nak smbung blaja.. so, aku stay jeh kat bumi Shah Alam ni..

3rd sbb aku ramai kawan kat cni.. korg ingat keje mekdi steady?? stress nk mam gak la... kerenah para pelanggan ktorg yg pelbagai plak tu.. tapi alhamdulillah aku still berdiri di atas kaki aku sendiri (yela xkn atas kaki org kot, mau patah kaki tuan pny badan) aku blaja bahagikan kewangan aku sendiri, dulu blh la sume mak aku yg kasi (even x semua) tp skang duit aku, ada sebahagian tu milik family aku.. even x byk, aku still boleh kirim walaupun mak aku kdg2 x harap pon duit tu dari aku.. dan aku dah mula belajar tuk jd seorg yg bertanggungjawab n cuba tuk x lupa asal usul aku dari mana aku dtg dan bagaimana cara aku hadapi sume ni tanpa ada insan yg bernama mak n abah kat sisi aku..

okeh2 tutup kisah yg menyayat hati ni.. store(restoran) tempat aku keje ni nama dia Mc Donald's Section 3 DT Shah Alam.. berdekatan dgn UiTM Shah Alam btl2 kat round the board berhampiran Wet World Shah Alam.. amik ko details aku kasi, nak bagi clear, so korg imagine la kedudukan mekdi tu.. mekdi ni dua tingkat kre satu lot tu dia conquer sorg r.. sbb ad drive-thru kan.. position aku kat ctu adalah Crew Trainer (yg dulu dikenali sbg Crew Leader) n aku dh keje kat ctu hampir setahun.. bulan 8 ni genap la setahun aku berada di bawah naungan Golden Arches Restaurant Sdn Bhd..

aku hepi menjadi seorg warga mekdi sbb aku ada seorg boss yg baik n manager-manager yg supportive sgt! luv uols! thumbs up!

credit to fareed


(^_^)





Thursday, June 30, 2011

Two Is Better Than One~~

salam.. tajuk entry motif??? huhuhu.. semalam aku ngn my sis tgk la video org kawen ni haa... so switttt... ada yg nyanyikan lagu utk wife dy.. ada yg dok terjun dalam kolam lg tu... aku nk camtu blh? ko ado? sah2 xado! mmg agak gempak la dorg wat.. sbb aku suka suka suka!!! tp nk exited sgt pon xperlu kot.. haha!! sbb videographer dy aku tgk agak pro la.. so sah2 agak mahal video yg dy buat tu.. jadi tersebutlah alkisah disini TIDAK MAMPU.. sbb artis2 pon buat kat dy uols.. sume tahap majlis grand2 gitu! ko ado rumah bagai istana kayangan gitu! tp, even xda.. aku syukur rumah aku tu camtu...entry aku ni dah mcm aku pulak yg nak kawen.. hahaha!! so, kalo nak video cam gitu, korg like la page CST PRODUCTION.. ni aku share video yg aku agak kagum la... terbaaeeek weh!!








p/s: sape nak sponsor aku camni nti sila angkat tangan (^_^)

Thursday, June 23, 2011

Auwww! Tergugat weh!

dush3!!!! pergh.. agak tergugat gak la aku tgk blogger2 lain dok update entry dorg.. padahal aku?? ntah pape jeh.. hahaha!!! jeles weh, jeles.. nk gak blog santik mcm uols~~ T_T kepada blogger2 di luar sne.. cbe bg tips sket cne nk memperkembangkan lg blog kte ni bg kasi gempak sket.. eh, xnk la gempak sgt.. sket2 tu udoh ler.. huhuhu!!
tp aku mmg agak teruja ngn blog2 anda wahai blogger2.. nk di list kn mak aii, byk wooo... x lalu teman nk wt link satu-satu...
i juz wanna be a best writer 4 da best story.. that's it.. nothing more.. sederhana pon da okeh kot! kn kn kn.. so, sila bg saya tunjuk ajar... tunjuk ajar ku sifu!!!!

nothing to display!

Wednesday, June 22, 2011

Tetibe Je Nak Nangis!

    
ihsan incik google
Salam.. hati ni tetibe rasa sebak.. xtau la kenapa.. tapi aku mmg nak nangis.. nak lepaskan semua yg ada kat dalam pale otak ni.. hidup bukan selalu hepi kan.. tapi skang ni aku nak nangis sebab apa pon aku xtahu.. tp air mata aku laju je kluar.. adakah ini normal? atau aku sorg je yg rasa?? erm...=(

p/s: ngok ngek!

Friday, June 10, 2011

Sedih Beb! Sedekahkan Al- Fatihah...

Salam... erm ni pasal eksiden smlm.. ngeri beb.. sian dak tu... ni ada article dia kalo korg nak baca..

Tajuk: Anak Maut Digilis Treler 

mangsa(gambar kecil)


BUKIT BERUNTUNG: “Saya tak sanggup melihat mayat anak yang hancur kaki dan badannya akibat digilis treler. Sungguh tidak sangka dia pergi secara mengejut dan ia memilukan kami sekeluarga,” kata Rosnah Dollah, 49, ibu Mohd Zulfadzli Ramli, 16, yang maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Bukit Sentosa-Kuala Kubu Bharu, dekat sini, awal pagi semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi apabila mangsa yang menunggang motosikal Yamaha dan dibonceng rakannya, Muhammad Azim Firdaus Mohamad Abdullah, 14, pulang daripada bekerja sambilan sebagai pelayan restoran di Bandar Bukit Sentosa ke rumah mereka di Taman Seroja, dekat sini.

Menurutnya, dia bergegas ke tempat kejadian kira-kira jam 3.10 pagi selepas menerima berita itu daripada jiran.
“Saya tidak dapat menahan sebak melihat mayat anak yang terperosok bawah treler panjang. Rakannya parah dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) sejam selepas kejadian.

“Arwah mahu pulang ke rumah selepas bekerja sambilan sejak setahun lalu di Bandar Bukit Sentosa untuk mencari wang saku untuk belanja persekolahannya. Dia anak yang baik dan manja dengan keluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurut Rosnah, ketika kejadian dia dan suaminya, Ramli Mohd Yusof, 54, tidur di rumah.
Katanya, arwah yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sentosa 2 anak bongsu daripada tiga beradik suka berjenaka dan penyayang.

“Saya tidak sangka perangai peliknya yang meminta digosok kakinya berulang kali dua hari lalu petanda akhir hayatnya.
“Kami terkilan melihat keadaannya yang teruk selepas terbabit kemalangan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi, berkata kejadian itu membabitkan motosikal ditunggang dua remaja bertembung treler dipandu seorang lelaki dikenali sebagai Nehru, 40, yang membuat pusingan U di laluan terbabit.

Katanya, treler terbabit melanggar motosikal mangsa mengakibatkan mangsa terperosok sebelum digilis.

“Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu terbabit datang ke Balai Polis Bukit Sentosa untuk membuat laporan sejurus kejadian itu,” katanya.

Sumber: Harian Metro Sabtu, 11 Jun 2011
p/s: berhati-hati di jalan raya.. ingatlah org tersayang
aku jd semakin takot ngn lori wehh

Thursday, June 09, 2011

Lesen!!!!!

motif???


 

seiring dan sejalan... seindah bunga ditaman...

eh3!!! salam...(senyum muka berbunga2 cam org tgh bercinta)

bukan pe... rasa sronok sbb dh leh control bawa kete.. al maklum la...x penah bawa seumur idop..tu yg xcited lebih tu... ingat kan susah... rupe2nya senang jeh.. ko cpt tngkap, cpt la blh bawa... pergh.. sronok mmg x ingat la kn kn kn...

aku mmg suka bwk knderaan bermotor ni... tmbh2 motorsikal... mmg feeling2 aku bawa weh.. xtaw la knp.. tp aku mmg MINAT! hehehe.. aku xtaw la kalo aku dh btl2 blh bawa kete nti... cne la agaknye.. wow! mmg sonok x ingat la.. sgt best! tu je yg aku leh smpikan wat mse ni...

BEST! BEST! BEST! n BEST! lagi... tapi nk g latihan xde mse... erm..lg satu.. duit pon xda...even bayar ansur2.. ops! terlebih suda...

hehehe... rse nak senyum smpi telinga kalo blh... wah wah wah.. indah nye dunia bila dh tawbuat sesuatu yg baru.. kn kn kn...

exited bawa kereta!!!

p/s:
yg x best sbb ckgu aku garang.. sekian...

Wednesday, June 08, 2011

Sabo Je Lah!

steady x sisters ni?? hehee
hurmmm... tarik nafas.. hembus... tarik nafas.. hembus...

wah3!! terasa fresh! new look 4 my blog...

salam...
agak lama minah ni x update blog kn kn kn...bkn pe... tgn ni mls nak menaip.. pada hal byk yg nak di kongsi...erm, tu la org cakap kalo dah mls sume x menjadi..kn kn kn..

minggu lepas i balik kampung i kat perak.. gedix x gne i u i u ni... haaa.. amik ko noks! oke2 sAmbung balik... pergh.. punya la jem! berderet kete.. guwa yg dlm kete ni dh cam cacing kepanasan je.. mengelupur.. mne x nye... baru je feeling2 nak smpi kampung dgn aman.. tetibe jem sepanjang jln.. perjalanan yg dalam 3 jam stgh tu jd dkt 5 jam u!

ok2 kta g ke jam yg sebelumnya..
sebelum balik kampung, guwa ada la merayap dulu ngn my sis tu.. g klang.. sje je.. ada la hal ktorg kan.. tu pon nak cte parah la kan.. ok2 dah jln2 sume tu smbang la ngn dy..

sis: lg sejam je kte nak gerak balik kn kn kn..
guwa: a'ah.. npe?
sis: xcited weh...
guwa: tahu xpe (muka senyum kuar bunga2 kat tepi)

oke.. perjalanan ke shah alam........................

tetibe kuar lagu bruno mars "i wanna be a billionaire so fracking bad..." tu mknenye fon my sis berbunyi lah.. ada org tepon..
dia pon angkat..

sis: hello?
org kat tepon: hello na..
sis: sape ni??
org kat tepon: chut ni.. nak habaq yg yah ngoh msok            hospital...kritikal..
sis: owh chut... kritikal?? knp??
chut(dh taw sape kn): kaki dia dh teruk..
sis: owh.. ok2 nti org gtaw abah..
chut: chut otw nk g amik paiq.. hang nk ikot skali x? marini kerja ka?chut call x dpt..
sis: eni x keje.. coz arini ktorg nk balik kg..fon dia hbis bteri...
chut: owh.. ok la nk gtaw tu je..
sis: ok.. nti org gtaw kat abah erk...
(dialog diatas adalah andaian aku..sbb aku x dgr pon perbualan dorg..aku juz dgr pe yg sis aku ckp..hehehe)

sis: yah ngoh msok hospital.. kritikal..
guwa: hah? sbb pe? kncing manis dia tu la erk..
sis: a'ah da msuk 3 hari kat hospital yan.. anta HKL plak..
guwa: teruk r tu anta HKL..
sis: yela kot..tu dia nk g amik paiq kat unisel..jom r g mkn dulu

perjalanan nak g mkn..............................................
...

ktorg singgah la kat sek2 nak g mkn ani sup utara.. sekali tutup daa...ari jumaat dorg buka kul 3 rupeny..singgah la nk mkn kat sek 7.. kdai mende ntah..msuk kuar balik..guwa da exited plak time tu...mne x nye..lapo..

oke la ikot je kehendak dia..1st2 guwa xtaw sbb pe dia kuar..alih2 sbb call abah gtw psl pakcik ktorg yg msuk sepital tu...

dia smbg2 ngn abah alih2 mke cam nk nangis... rupenye..bpe byk rupe2 daaa..abah marah.. dia soh ktorg g trus..my sis gtaw la yg dia x mkn lg.. pas asar ktorg gerak la...x.. abah soh g gak...

pas mkn2 sume tggu tunang sis smpi sume... ktorg gerak g HKL.. gerak kul 5 dr shah alam.. smpi kul 7.. ko ado! dalam kete lg.. nmpk x?? erm...

smpi HKL guwa n sis g cr wad pkcik ktorg tu...alih2 tgk sorg pon xda ngn dia..dia sorg2 jeh.. pergh... mmg x kritikal pon.. dah relex je gerak g bilik air sengsorg...guwa tgk guwa diam je r.. nak wat cano...sabo jela...lawat lawat lawat...sembang sembang sembang.... ktorg mintak nk grk la...nk g uma org kawen plak kat puchong..mmbe akak guwa kawen...
sttle g uma org kawen yg stuck kat high way tu... erm.... sabo jela...musim cuti skola ko balik kampung... tu r padah dia... hahaahha!!!


p/s: PADAN MUKA!

Monday, May 23, 2011

Entry Baru!!!!

hal ni xada kene mengena dgn sesape selain diri aku sendiri.

haaa... salam semua! yg kat atas ni xda mende pon.. sje je nak wat

testing, kot2 blog aku ni berfungsi lagi.. huhuhu!! hari ni aku nak cite pasal lesen. pergh!!! agak lama tak menaip ni.. asyik dok komen2 kat facebook jeh.. nak menaip panjang idok le teman.. malas.. ala-ala lagu bruno mars gitu!

okay takyah nak melalut sgt la kan.. okay, sebut pasal lesen, mesti korg tergelak kat aku kan.. korg mesti cakap.. hekeleh.. baru nak wat lesen dh kecoh.. aku ni dah bertahun dah ada lesen.. ko ni ketinggalan la.. huhuhu!! tak kisah la pe korang nak bangkitkan.yg penting aku adalah aku.. huhu!! ate, mane idoknye.. dah time ni baru mampu nak buat.. ala macam buat haji gak la kan.. kerjakan bagi yg mampu.. for now yg aku mampu adalah buat lesen. so, aku buat la.. yela.. kang dh tua2 nak buat lesen rugi.. baik aku buat skang ye dok?

peringkat lesen aku sekarang dh smpai fasa ketiga iaitu teori kereta. maknanya ceramah KPP ngn ujian berkomputer aku dh lepas la.. just nak tunggu masa sesuai je nak g amali plak.. al maklum la.. aku ni pekerja, shift lagi tu.. kang request jadual org meluat plak.. so, aku amik keputusan buat bila aku ada masa free..yuran dia agak mahal la sebab aku amik pakej B1/D. senang.. tak yah nak pikir2 lepas wat kereta nak amik motor plak.. ada dua2 senang.. polis pon tak tahan ko.. ye tak? ni pon aku jumpa yg paling murah kat area Shah Alam ni.. kira lepas la bajet aku.. tapi nama je kat Shah Alam.. dia hantar aku blaja kat Klang gak.. sebab aku pegi pusat dia.. just ejen sajo.. argh.. yg penting dorg amik anta aku balik.. habis cite..

stop here.. nanti aku cerita lagi.. bubbye!!!
MARINI

Sunday, March 13, 2011

Excited! Wink! Wink! Wink!

 
Excited means TERUJA  la kan. Buat-buat tak tau plak. Ni bukan teruja pasal apa pun, tapi just nak habaq mai  yg guwa ni terpilih menjadi salah seorang Crew Trainer(CT) kat tempat keje guwa tu haa. CT tu mcm tenaga pengajar jugak la. Kami kena ajar seseorg tu sampai dia btl2 paham. Kira dari A-Z la. So, selagi dia tak paham kami ni kena la ajar balik daripada mula. Penat kan? Memang sangat penat bila dapat seorang trainer yg agak LAMPI. (ntah2 aku pon camtu jugak kot dulu hahaha!!!) Argh!! Abaikan semua tu.. hehehe!!!! Tapi mmg btl kalo dapat train budak  yg lambat dpt ni. Kita yg kecur air liur. Hmmm..




 Terpampang nama guwa! Vangga! Vangga!


Haa.. tu baru excited yg pertama..

Ni pulak exited yg kedua. Ktorg nak pegi Genting!!!!!!!! Ni gabungan semua CT seluruh Malaysia tau. Bukan senang nak dpt pegi. Huhuhu!!! Sbnrnya excited nak g main roller coster bagai tu jeh.. Dia pny seminar tu ala-ala jeh…hahaha!! Tak baik btl.. Awal tak awal dah ada niat jahat kan kan kan…Tapi nti sblm berangkat guwa kena usha pocket guide guwa tu balik la. Bukan ingat sgt dah suhu-suha bagai tu...Sekali dorg tanya berapa lama 4:1 tahan dlm UHC? Apa guwa nak jawab.. hahahaha!!! 



Merah menyala tu la pocket guide nama dia




p/s:
yg paling penting guwa nak pakai baju hape ni??? tema SUPERSTAR plak... hadoi... terbang lagi la duit haku... 

Sunday, February 27, 2011

Mengeluh Seketika


Kadang-kadang aku terfikir. Kenapa manusia perlu bercakap. Adalakanya juga aku terfikir kenapa perlunya diam. Tetapi aku sendiri tak tahu jawapan dia sebab aku pun seorang yang kuat bercakap[omong kosong gitu!]. Meluahkan atau memendam mana satu lagi baik? Bercakap atau diam lebih mana satu lebih baik? Adakah kita perlu memerli atau dalam erti kata lain menggunakan bahasa kiasan untuk menegur sesorang? Atau perlu straight to the point jeh bak kata mat-mat salleh nun? Hmmm entah la…. Semua tu mmg aku pernah terfikir. Tapi aku xpernah lakukan. Tak confidentkah aku? Persoalan disitu……………………………………

MARINI

Saturday, February 26, 2011

Al- kisah Hobi Baru

Ok.Sekarang ni aku nak cerita pasal hobi baru aku. Ni hobi selain daripada membaca novel n surf tenet la kan. Ramai yg x minat kot. Tapi aku n membe keje aku dah mula ketagih ngn hobi baru aku ni. Kalo x dpt mmg rasa cam x hepi jeh. Tambah2 time2 nak hilangkan tension. Perabih duit jgk la bak kata abah aku. Nak tau pe yg slalu aku wat ngn membe2 aku??? Haaa.. ya iyalah  KARAOKE. Memang hilang sume penat lelah aku kalo dok menjerit kat k-box tu. Boleh nyanyi macam2 lagu guwa ckp sama lu. Huhuhu!!!! Lagu rock, balada, rnb. Semua ktorg layan. Siap berduet bagai lagi tu. Sampai nk greeting customer esok nye pon dah serak2 je sore. Tapi masalah hobi baru aku ni adalah duit. Kalo xda duit mmg xado la nak g karoknye kan. Tu pon kalo dah teringin sgt nk g karok, ktorg mula la tong2 duit. Sebab selalunye mesti ada yg sponsor nk blanje. Huhuhu!!!!
 p/s: ni org kata zaman tgh remaja pny hobi. kalo dah tua2 hobi camni org kata tebiat nak tuuuuuuuuuuttt la jwbnye.. hehehe!!!

 MARINI

Friday, February 25, 2011

Tak Mengantok

Mata tak boleh nak lena la pulak.
Sebab esok nak keje pagi. 
Bila dah x boleh tido ni, mula la dok ingat kat kwn-kwn time skola dulu.
Siap dok sengeh sorg2 lagi tu tringat gelagat masing2. 
Best sgt time tu.. 
Tapi skang dorg sume dah ada kehidupan msing-masing.
Belajar pun dah jauh-jauh semua. 
Kadang-kadang je contact.
Tu pun kalo msing2 tak busy.
Paling x pun berfesbuk lah ktorg. 
Kwn-kwn3!!!!!!!!
Rindu nak kumpul ngn korg macam dolu2!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

n Now i need to go sleep.

sebab masa sgt mencemburuiku..
moga hari-hariku lebih indah daripada hari ini..
amiiiinnn..
untuk tatapan-------->


MARINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...